Search

3 𝙒𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙖𝙢 𝘿𝙞 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣
  • Share this:

3 𝙒𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙖𝙢 𝘿𝙞 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣

📌 Puasa seharusnya tidak menjadi halangan anda untuk tetap melakukan senaman demi menjaga kecergasan badan.
📌 Bersenam ketika puasa juga boleh menjadi peluang bagi anda untuk lebih banyak membakar kalori sehingga boleh menurunkan berat badan.

𝘽𝙞𝙡𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙨𝙖?

❗❗ Sebenarnya, waktu yang tepat untuk anda melakukan sukan semasa berpuasa bergantung kepada diri anda sendiri.
❗❗ Asalkan anda tidak merasa letih dan pening selepas melakukan senaman semasa berpuasa, ia tidak menjadi masalah.
❗❗ Kekuatan setiap orang adalah berbeza-beza.
❗❗ Walau bagaimanapun, terdapat masa yang paling baik bagi anda untuk bersenam di bulan puasa, iaitu:

𝙎𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙨𝙖

🔷 Ketika puasa, anda boleh bersenam sesaat sebelum anda buka puasa untuk membakar lemak lebih banyak. Melakukan sukan semasa perut kosong boleh membantu anda dalam menghilangkan lemak lebih banyak. Setelah anda bersenam (menggunakan sisa tenaga anda), anda boleh makan semasa berbuka puasa untuk menggantikan tenaga yang hilang. Namun sila ingat, jangan memaksa diri untuk melakukan sukan yang berlebihan untuk membakar lemak lebih banyak.

𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙠𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙨𝙖

🔷 Ini merupakan masa yang terbaik untuk anda bersenam ketika puasa. Anda boleh bersenam dua hingga tiga jam selepas berbuka puasa. Tunggu sehingga makanan anda dihadam oleh badan sehingga anda mendapat tenaga untuk bersenam. Kerana anda sudah makan dan mengisi tubuh anda dengan tenaga, anda boleh melakukan apa-apa jenis senaman yang anda inginkan pada masa ini,dari intensiti ringan hingga berat, termasuk senaman untuk meningkatkan kekuatan dan jisim otot.

𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙨𝙖𝙝𝙪𝙧

🔷 Anda boleh melakukan senaman pada masa ini. Namun, sebaiknya senaman tersebut adalah sukan dengan intensiti ringan. Sukan selepas sahur adalah baik untuk dilakukan bagi menjaga kecergasan badan sepanjang bulan Ramadan. Namun sila ingat, anda perlu menyediakan tenaga untuk melakukan aktiviti anda selanjutnya sehingga berbuka puasa. Oleh itu, jangan melakukan senaman berlebihan pada waktu ini..


Tags:

About author
not provided
Personal coach Meal plan Fat loss Gain muscle Kick boxing Functional training Strength & conditioning
View all posts